Sukarnya aku nk melafazkan perkataan ini..dah hampir seminggu tokwan pergi..aku cuba untuk tidak mengingati detik itu..terlalu pahit untuk menerimanya..dan hari ni aku bersedia untuk berkongsi kesedihan aku..
Jumaat pagi aku menerima panggilan daripada Ayah Chik.
Bibik yang jawab.Masa tu aku tgh mandi.Lepas aku mandi,bibik cakap ayah chik suruh call dia balik.Terdetik dihati aku yang aku akan terima berita buruk.Bile aku call balik, ayah chik cakap tokwan tenat.Sekarang di ICU.Aku terus kejut hubby suruh siap dan suh bibik siapkan barang2..
Sambil bersiap aku call diksa dan el..
Kami bertolak ke Kelantan pagi tu juga..sampai ke Kelantan jam 12 tgh mlm..kami terus ke rumah sebab mak cakap dah xleh masuk hospital.Aku pun rasa leh jumpe tokwan esok pagi..xde lak rasa ape2..sampai rumah..ramai dah yang ade..semua ade..separuh dihospital...kami solat n siap2 tido..letih sgt2 rasanye perjalanan 12 jam..aku cuba utk tidur..terlupa pada TokWan..dan
Damia mula buat hal..dia xnak tido..pusing sana sini..happy sangat dia bila sampai rumah tokwan..padahal baru dua kali sampai sana..sampai aku terpaksa marah n pukul dia..still xnak tido..geramnye aku masa tu..jadi kami sume tido2 ayam je..sb gangguan damia..dah nk hampir terlelap..n damia pun baru lelap..aku dengar sayup2 bunyi telefon n mak ngah jawab…lepas mak ngah letak..dengar dia cakap.
”.Mek dah xda..”
Tersentap jantung aku dengar..semua bangun..aku kejutkan hubby..semua dalam keadaan mamai bangun dan termenung..semua dalam rumah tu nampak bingung..xterkata apa..lepas 10 minit..semua menangis dan bangun bersiap2 ke hospital..dan sambil tu aku call diksa n el..
Sampai di Hospital…hati aku bagai nk runtuh bila tgk tokwan ditutup muka..dan bila mak buka muka tokwan..berderai air mata semua…tok chik pengsan…Mak pesan..jgn menangis ..xbaik…semua menangis sambil baca yassin.. xlama lepas tu..tokwan dihantar ke rumah..kami semua mengiringi tokwan…aku cuba utk tidak menangis..aku keraskan hati aku..sebab aku dah xnak nangis mcm aku nangis bila abah meninggal..
Sampai dirumah..semua bersiap2 solat subuh..dan pagi tu..kami semua mandikan tokwan..mak mengetuai..dan tokwan kami kafankan..semua kami buat sendiri..demi kasih saying kami pada tokwan..semua urusan kami buat dengan penuh hati2..saat yang paling sedih..bila kami semua cium tokwan buat kali terakhir..semua menangis..dan bila aku tengok menangis teresak2…aku rasa sedih sgt2..dan tokwan selamat kami kafankan..
alhamdulillah..semuanye berjalan dengan lancar..dan wajah tokwan senyum…nampak tenang…semoga tokwan ditempatkan bersama2 orang beriman…
*Mungkin itu jawapan kenapa mata aku berkelip2 selama seminggu..