Thursday, December 11, 2008

"Ibuku Seorang Pembohong"

Posted by Damia's Mommy at 12:24 PM 0 comments

Ibuku seorang pembohong Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian. Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : ""Makanlah nak ibu tak lapar." – PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi.. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." –
PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." –
PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" – PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta saya tidak perlukan lelaki." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara.
Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.
Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin.. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta.
Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap ajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menhadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus.
Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN..

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebi dari segala-galanya, tapi tidak pernah sealipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu. Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu…

I Love U ..Mak...

Kiriman seorang sahabat




Monday, November 24, 2008

Tired...

Posted by Damia's Mommy at 5:02 PM 0 comments
Am very tired..
Dont want to think any..
Dont want to do any..
Dont want to have any..
Dont want to say yes anymore...
Just tired..

What's in my mind only "how to make Damia happy .."

Saturday, November 8, 2008

Damia at JB..

Posted by Damia's Mommy at 8:48 AM 0 comments
Salam sumer..selamat pagi..harap2 sume nye sihat2 belaka..ceria hepi dan enjoy..!!!!kekeke..gedik aku..huhuhuhu..
actually saje nk citer je la ..damia dah ade ngn aku..dah berhijrah ke bandar yg serabut nih..
Aku bahagia gilerrr..walaupun penat sgt2 sejak damia ade ngn aku...kena bgn pagi2..uruskan dia..aku ngn hubby sama2 jadi kelam kabut..dengan umh kitorang pun jadi kelam kabut dek damia sorang..ehehehe..walaubagaimanapun..aku bahagiaaaaa sgt2...rasa hidup aku dah lengkap akhirnye..
wan damia punye la sedih bile berpisah dengan damia..mula2 mcm steady je..mcm cool je..tapi bile naik je ketapi..muka wan dah sebak..rupenye2 sepanjang jln..jb ke mentakab...wan damia nangis kaw2..sedih2 dengar citer dia..mcm tu la aku masa mula2 tinggalkan damia masa mula2 aku nk ke jb ni..masa tu damia baru je 3 bulan..sedih xterkata...rasa gelap dunia nih..
eehehehe..gelak lagik..ape ler aku nih..sengal dah jadinye...huhuhuhu

Thursday, October 9, 2008

Hari ke 3 !!!

Posted by Damia's Mommy at 4:31 PM 0 comments
Ari ni ari ke 3 aku keje..jawatan sebagai business development exec..tapi..macam buat sume keje je..ermm..satu tempoh latihan yg agakkk baikkkk kott.!
Okay je keje sini..bos..so far baik..fleksibel..staff2 lain pun okay..baik...sume melayu..bos aku ni
katanye nk amik sume pekerja melayu..kiranye menyokong bumiputra laa kot..
kalau leh customer dia pun dia nk melayu@muslim..walaupun dia bukan melayu..tapi muslim macam kita sume gak..
So far aku xstat pun lagi keje marketing aku..just buat2 design website..catalogue..brochure..mende2 yg xpenting..n aku pun xtau bile aku leh stat..banyak sgt keje dalaman yg belum setel!ntah bile leh setel xtau la..arap2 cepatlaa..kalau x..memang sampai kiamat aku xdapat komisyen yg dijanjikannnn..
first day keje..dia suh aku cari maklumat pasal iso9000..errr..mg aku rasa sengal giler..sebab aku xtau ape mende iso9000 tu..korek punye korek rupenye kena tanye sirim@mampu..ermm..bgs gak laa...at least aku leh belajar kan..bolehlaa...daripada jadi surirumah yg dah separuh giler dok mikir pasal keje..
at least lepasla beli susu utk damia..
ermmm..rindu sgt kat damia..tapi ape leh buat..kadang2 keadaan menjadikan kita terpaksa redha dengan segalanya..kdg2 tu bengang gak ngn hubby aku sebab pisahkan aku ngn damia..yela..bukan senang nk lahirkan damia..teringin nk tgk dia membesar depan mata...tapi tu la..bak kata hubby aku..biarla dia tegap2 dulu..barula leh kasik pengasuh jaga..
ape2 pun..ujung bulan ni..aku nk amik damia..dok ngn aku!!!hoorayyyyy!!!
p/s..rasanye kasih pada anak lebih dari kasih pada suami kot!! ..sebab tu la ibu kita sanggup buat ape saje utk kita..

Friday, September 26, 2008

Damia lepas demam..

Posted by Damia's Mommy at 3:28 PM 0 comments
Damia selepas menderita demam selama 2 hari..hehehe..
demam kena cucuk 3 bulan..

pose cun untuk tatapan umum dari damia..kehkehkeh
akhirnye damia meningkat dewasa..huhu
dah kurang sikit berat damia lepas demam..
tapi akan cover balik lemak2 yg kurang tu..

puas ati dapat mande..selepas sehari xmandi..

damia bucukk!!

Thursday, September 18, 2008

3 month 2 days..Damia..

Posted by Damia's Mommy at 7:56 PM 0 comments


Baru lepas mandi..



perut lapar lepas mandi..isap tangan.tunggu ayah xbuat susu..

2 nd interview..

Posted by Damia's Mommy at 7:56 PM 0 comments
16 sept pkl 7 pagi..aku ngn hubby bergegas bertolak nk balik kg...dah 2 minggu xtgk damia...ntah macam mane rupenye anak ibu ni...sampai umah wan kul 12.30..tgk damia..lainnye..baru tinggal 2 minggu..dah makin tembam..
Damia dah xkenal ayah ngn ibu dia..pandang ibu ngn ayah mcm tetamu je..xnak senyum pun..
HErm...lama sgt xjumpe..dah xkenal ibu dah..
Kitorang terus bwk damia g jalan2..cari susu..yg dah nk abis stok...barula damia sedar yg kitorang ni ibu ayah dia..hehehe...mcm tu la budak2..kalau lama tinggal..memang boleh lupe..nak pulak baby..xtau la nnt kalau dah bwk balik jb ni..mcm mane la dia nk hadapi rindu dia pada wan dia.silap2 asik nangis je sebab ingat wan..
Petang tu bwk damia g umh nenek..bukan main seronok damia ketawa kena agah dengan nenek dia..Damia dah pandai gelak..suke senyum je..pastu suke cakap sorang2 guna bahasa pingu dia tu..
Tapi xlama leh bersama dengan damia kali ni.separuh hari je..sebab lepas sahur pkl 4 kitorang dah bertolak balik jb sebab aku ade interview kat city square..
Aku g interview tu kul 1 ptg.Interview utk post Marketing,business dev exec...dengan company besar..company tu nk buat satu project besar..Interview punye interview..aku pun termenung lepas interview tu...sebabnye..job desc dia teramatla dasat.Aku terpaksa deal dengan cust2 dari dubai,london,AS,dan byk lagi..jual bangunan yg harga berjuta2..
kaget gak aku dengar..ntah aku boleh buat ke x.pastu..aku kena bersedia utk travel oversea utk kerja..Aku rasa cuak gak..yela..kerja yg memerlukan komitmen 24jam..sedangkan aku benti keje dulu pun sebab aku nk keje yg opis hour..sebab nk kehidupan damia teratur..
Ermmm..susah gak aku nk buat keputusan masa tu.Peluang utk aku dapat keje tu..agak cerah..
Setelah berbincang dengan hubby aku..hubby aku xgalakkan aku terima kerja tu...satu sebab komitmen keje..
N ari ni company tu call aku suh masuk keje esok pagi...n aku terpaksa tolak peluang tu...Kerja tu memang xsesuai dengan aku..
N petang ni gak..aku dipanggil utk interview esok pagi..
Hermm..dah 3 interview..dan aku masih xbekerja....huhuhhu....
Sebagai pengajarannya...bukan fresh graduate je yg susah cari keje..post graduate pun susah oo....

Sunday, September 14, 2008

Apa ada pada nama

Posted by Damia's Mommy at 2:02 PM 0 comments

DAMIA

DDinamik
AAmanah
MMesra
IIkhlas
AAlim
Kecergasan/Kebijakan


Saturday, September 13, 2008

mY Little Damia.

Posted by Damia's Mommy at 5:30 PM 0 comments
1 st hour at Hospital Temerloh ,Wad Kenanga 2.
2.5kg..
Rambut pacak ! (",) masa ibu pregnant..ayah suke buat style rambut pacak..
Lagi 55 minit damia nk sama birthday ngan makde..xsempat tunggu dah..!

2 nd day at Wad Kenanga 2.

Muka still kembang lagik..idung kepek macam ibu..:p

Ibu gabra lagi masa nurse suruh pakaikan baju damia lepas mandi.

First time pegang bby sendiri..gabra sgt2..

dah sampai umah wan..Damia asik tido je..tapi kuat nyusu..

Damia dah sebulan..

Muka Damia dah berubah..dah putih skit..pipi makin tembam.

Damia pakai baju yg auntie nina adiahkan..

dah ketat dah bajunye..sebab damia membesar cepat sgt..


Damia dah 2 bulan...

dah xpakai sarung tangan dah sebab damia asik isap jari..

so terpaksa tanggalkan sarung tangan sebab takut habuk kat sarung tgn tu masuk mulut.

Damia kuat minum..

kalau bg susu sikit..terus isap 2 tangan..tanda protes sebab wan bg minum sikit..

Damia still kat kg dgn wan..

Ibu xleh bwk lg sb wan kata damia kecik lagi..xharap org kat nursery jaga..

itulah kasih sayang seorang wan...





Berbaktilah kepada ibu anda..

Posted by Damia's Mommy at 1:40 PM 0 comments
Sekiranya ibu anda tidak meminta untuk dibantu..fahamilah bahawa sebagai seorang anak..sekiranya kita berkemampuan..harus memberi sebanyak yg kita mampu..
Dan sekiranya ibu kita meminta bantuan kepada kita..bermaksud ibu kita benar2 memerlukan bantuan..ini kerana seorang ibu tidak akan meminta bantuan atau menyusahkan anak mereka selagi mereka mampu menyelesaikan masalah mereka sendiri..maka sebagai seorang anak yg telah dibesarkan oleh seorang ibu yg sanggup berkorban apa saja utk kita...seharusnya kita dengan sedaya upaya utk membantu ibu..Ini kerana selain daripada kita akan mendapat pahala yg berlipat kali ganda...sedar atau tidak..rezeki kita akan bertambah..hidup kita akan lebih diberkati..dan kalau rezeki itu masih belum bertambah...ingatlah bahawa pahala kita itu akan dibawa ke akhirat dan kita akan di balas baik oleh Yg Maha Esa..
Love Our Mom...To my mother...Puan Nooraini n Puan Aishah...I will always love u..
Terima kasih ibu kerana membesarkan saya dan suami saya sehingga kami berjaya dalam hidup kami..

Adakah sekadar mainan tido..

Posted by Damia's Mommy at 12:58 PM 0 comments
Bangun dari tido..aku jadi xkeruan je..mimpi malam tadi betul2 buat aku rasa blur je..aku mimpi ada seorang lelaki warak..meninggal dunia..disaat dia nazak..ade 2 org lelaki yg ngeri sgt rupa dia..kat atas tangan diorang ade ulat2 berbisa..tiba2 je..rupa 2 lelaki tu berubah..memakai pakaian yg sgt cantik dan membantu lelaki yg sedang nazak tu..tiba2 kedengaran suara yg garau bertanye...siapa tuhan kamu !! dan dalam keadaan yg kelam kabut lelaki yg tgh nazak tu terus mengucap dan meninggal dunia dalam keadaan yg sangat tenang...
Aku terus bangun dari tido..aku tau..mimpi adalah mainan tido..tapi aku rasa takut bila mengingatkan saat kematian seperti itu...adakah ini petunjuk Yg Maha Esa supaya aku tidak terus alpha hidup dalam dunia yg makin melalaikan ni ??

Thursday, September 11, 2008

After 10 days....

Posted by Damia's Mommy at 9:32 AM 0 comments
Akhirnye..pd hari yg ke 10 aku menganggur..aku di panggil utk interview..pukul 11 di Jalan Kempas Baru utk position management executive..hermm..
Aku da g interview tu...ermm...ok la..tapi berat ati skit la..sebab gaji yg dia offer xmacam yg aku expect..tempat dia pulak jauh dari umah aku skrang..stengah jam..tu xtermasuk jem..ermm...kalau aku terima..dengan gaji yg xseberapa tu ..worth it atau x..?? Tapi..diorang belum pun call aku lg dapat ke x.. :P..lagi satu yg paling aku rasa xbest tu...kompeni tu betul2 ganas...opis dia dalam kontena!! keh keh keh...nk gelak pun ade..aku bayangkan at least ade la proper opis..kalau x kat menara pun...huhuhu...tapi tu aku xkisah pun sebenarnya..kita sebagai pencari kerja...xleh terlalu memilih..asalkan gaji yg di offer munasabah..dan xmemeningkan kepada...why not .!! cuma sekarang..aku akan tunggu kalau ade rezeki..ape2 pun yg penting aku xkan mengalah..aku akan berusaha demi masa depan Damia !! Chaiyuk!! Chaiyuk!!

Wednesday, September 10, 2008

My HubbY..

Posted by Damia's Mommy at 10:52 PM 0 comments

Ni la ayah Damia..cum hubby kesayangan aku..Kitorang baru kawin setahun lebih..

Senior aku masa sekolah dulu nih..since aku form 1 lagi dah kenal dia.Dari cinta monyet..akhirnya jadi ayah kepada anak aku..Damia..

Hubby aku neh...baik orgnye...hitam manis..bertanggungjawab..penyayang...dan banyak lagi la sifat baik dia...("huhuhuhu..moga2 bila puji cik by aku ni..dapatla handbag baru ke..kasut baru ke..:p ")..

To my lovely hubby...i'll always n always love u ..forever n ever...muahhhh.....

Damia Melihat Dunia..:)

Posted by Damia's Mommy at 9:44 PM 0 comments



12 June 2008...aku rasa sangat teruja bila doktor beritau aku yang tahap gula dalam badan aku tinggi dan aku dikehendaki masuk ke wad bersalin..Takut..memang takut..tapi sebenarnya aku excited sgt..ingin cepat lahirkan anak ini..Dah penat rasanya mengandung dan aku benar2 ingin lahirkan anak ini..Bukan aku xsuka biarkan kandungan ini berada lama dalam perut aku..tapi badan aku benar2 sudah lemah .Nak pulak hubby aku jarang disisi aku sepanjang aku mengandung..Sebulan sekali balik tgk aku...bukan dia xsayang aku..tapi dia terpaksa berjauhan dengan aku kerana tugas..(",)..


Petang tu aku daftar ke wad bersama mak aku.Mak gelakkan aku sebab berani serah diri ke wad walaupun belum ade tanda2 nk bersalin.Mak tanye..xtakut sakit ker?Aku jawap...x...kak tee jiran aku cakap bersalin xsakit pun...


13 June doktor pakar periksa perut aku dan beritau kandungan aku mungkin 2.6kg..dan dia beritau esok pagi pkl 6 aku akan induce..(masuk ubat utk paksa bersalin)...n aku hepi sgt dengar..betul2 da xsabar nk bersalin..n the best thing is hubby aku dah ada disisi aku untuk temankan aku bersalin..


Malam tu aku xleh tdo sebab xsabar nk tunggu esok pagi..Finally aku bangun pukul 5 pg 14 June 2008 utk mandi dan siap2 untuk induce..berdebar juga..sebab org kata induce sakit..xlama lepas tu aku pun dimasukkan ubat..hermm..masuk ubat xsakit pun..:)


Setengah jam lepas tu aku mula rasa sakit..tapi xde la sakit sgt..aku steady lagi n leh lagi makan nasi goreng yg mak bekalkan..siap leh pelawa jiran sebelah lagi..jiran sebelah aku mgandung 8bln n ade thalassemia..kena sentiasa masuk darah..dan aku masih lagi sengih2 tunggu masa nk bersalin...


Masuk tengahari aku mula rasa sakit yg teramat sgt..mak dan hubby sudah ada disebelah.aku dah xboleh senyum ..apatah lagi sengih...betul2 sakit..perut aku makin keras dan rengat dia benar2 terasa..aku jangkakan mungkin damia dah nk kuar..12.30tgh..doktor check jalan n sungguh menghampakan aku doktor kata baru buka 1cm..punye la lama aku sakit..baru 1 cm..dan yg paling best..doktor masukkan belon utk buka jalan..Dan buat kali pertama utk sessi bersalin aku...aku menitiskan airmata..sakit yg xdapat aku gambarkan..terbayang wajah ayah aku yg dah meninggal..aku suruh mak aku n hubby aku panggil nurse berulang kali.nurse pun dah naik marah kat aku..tapi aku xde niat nk bg nurse marah..tapi aku betul2 sakit..sedara mara aku ramai yg dtg..A.lan..c.gayah..kakct,sharina,Acik,ee,ikah n ateh datang bg smgt..


Smpi ptg..aku still xleh bersalin sb jalan xbukak lg..Mak pun dah ilang selera makan bila tgh aku menangis sakit.Pkl 7 mlm..nurse kata dah bukak 5cm dan aku dah boleh turun ke dewan bersalin..:) terasa ilang sakit sekejap bila nurse cakap mcm tu..iyela..dari pg aku tunggu...akhirnya sampai masa aku bersalin..


aku dipakaikan bj warna pink..khas utk bersalin..dan aku ditolak dgn kerusi roda turun ke bawah.Dalam sakit..aku rasa excited sgt nk tgk anak aku..Bila sampai di dewan bersalin..aku tgk ramai yg tgh bersalin..aku dimasukkan ke dalam bilik bersalin..doktor pasangkan o2 utk aku sb aku ade asthma n bg aku sedut ubt tahan sakit..pastu doktor pecahkan air ketuban..masa tu aku ingt dah nk bersalin..betul2 berdebar..rupenye doktor kata jalan aku masih 5cm dan aku dijangka bersalin pkl 1030 mlm..


isk isk isk...aku betul2 frust..bukan ape..aku terpaksa menahan sakit lebih lama lagi..dan syukur alhadulillah..walaupun aku diuji Allah mengandung tanpa suami sentiasa disisi..akhirnya tiba saat aku bersalin..dia ade sentiasa bersama aku dan bg semangat pada aku..terima kasih abg...


Ubt tahan sakit langsung xdapat membantu..aku benar2 sakit..aku tanya hubby aku..kenapa terlalu susah aku nk bersalin..adakah aku byk dosa.dan balasannya aku terpaksa menahan sakit ini sepanjang hari..hubby xputus2 bg semangat pada aku.Bergegar katil aku pegang sebab menahan sakit yg amat sgt..


10.30 nurse kata jalan aku masih 5cm..aku menangis sb betul2 dah xtahan..


10.55mlm...aku benar2 sudah tidak mampu bertahan..betul2 lemah..semua doa yg aku bc utk ilangkan sakit aku dah lupe..aku beritau hubby aku yg aku dah xmampu tahan dan aku terus teran walaupn belum sampai masanye..


Nurse dan doktor terus bantu aku meneran...


Dan tanggal 11.05mlm..


Damia melihat dunia ini..Alhamdulillah...aku berjaya melahirkan anak aku..keluar saje dia dari perut aku..hilang segala sakit..doktor meletakkan dia di atas dada aku..aku menangis terharu..akhirnya anak kami selamat di lahirkan dengar sempurna..


Bayi ini kami namakan Damia..yg bermaksud Kecergasan/Kebijaksanaan..


Terima kasih abg ..terima kasih mak..


Dan satu pengajaran yang aku dapat..iaitu...bersalin memang sakit apatah lagi induce mcm aku..oleh itu..kepada sesiapa yg mengandung utk kali pertama mcm aku ni...jagala permakanan anda..kerana bila korang xjaga makan..risiko nk dapat kencing manis tinggi..kalau risiko tu tinggi..risiko induce pun tinggi..n kalau ade risiko nk kena induce..memang ade la risiko sakit bersalin yg teramat sgt...


Oleh itu...cintailah Ibu anda yg penat meneran utk anda dan cintailah Suami anda!!


Y ??

Posted by Damia's Mommy at 9:23 PM 0 comments
Y i have to do this ?? It's all about my luv..
A luv story that i want to share with my lovely daughter..Damia Hafizullah..
Aku ingin menghadiahkan blog ni untuk anak aku..yg baru saje melihat dunia ini..
Mungkin ianya tiada nilai tapi mungkin boleh dijadikan panduan untuk dia melalui masa depannya yg mungkin jauh berbeza daripada aku sekarang.Ini adalah hadiah oleh seorang ibu yg ingin menggunakan teknology sebagai salah satu cara untuk mencurahkan kasih sayang..hihihi...(",)..

The Beginning..

Posted by Damia's Mommy at 8:59 PM 0 comments
Here u are..!!
First time..first day..first of all...
Buat kali pertamanye aku memulakan kerja yang dah banyak ari aku pikirkan untuk buat..iaitu...create my own blog!it's sound silly..hermm..betul2 memalukan..aku..sebagai x-student IT...xtau macam mane nk buat blog aku sendiri.
Tolol..! mungkin itu perkataan yang patut diajukan pada aku.Dah hampir 3 tahun aku meninggalkan dunia it aku..notebook ni aku dah campak jauh2 dari hidup aku.Bukan benci..bukan jemu..tapi kerana aku terlalu sibukkan diri aku dengan kesibukan kerja aku..sampaikan aku lupa yg aku ialah Degree Holder In Software Development!!Huh!!

 

Happy ever after..(",) Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez